Tuesday, 31 July 2012

MY LOVE OPPA (PART 1)


Author: Eun Ju
Title: MY LOVE OPPA (part 1)
Genre : Romance
Main cast :
                       Choi Eun Hee 
                       Choi Si Won (Siwon)

Other cast: Member Super Junior

.......................................................................................
kepada ELF super junior, jangan marah... ini hanya rekaan semata-mata...
sila tinggalkan comment anda setelah membaca kisah ini supaya ianya dapat membantu saya dalam menyiapkan part yang seterusnya... thank you...
.......................................................................................
sesuatu perkara itu terjadi tanpa kita sedari....
walaupun ianya suka atau duka...
kita tetap hadapinya....

Eun Hee POV

Huh! ini sudah telat”. Bagaimana ini bisa terjadi di hari pertamaku untuk menjalinkan kerjasama dengan  SM Entertainment? Sudah terlalu lama aku menunggu saat ini. Bekerjasama dengan sebuah company yang melahirkan sebuah boyband yang terkenal iatu Super Junior. Ya! senang untuk dikatakan bahawa aku ni juga memintai kumpulan ini.
Namaku adalah Choi Eun Hee yang merupakan anak perempuan kepada pengusaha terkenal iaitu  Tuan Choi .Huh! walau kenyataannya aku adalah anak angkat dalam keluarga tersebut. Namun, keluarga tersebut  telah menganggap aku sebagai anak kandung mereka sehingga mereka rela meletakkan nama besar keluarga di hadapan namaku.
Uh! Lupakanlah kisah yang telah berlalu. Yang penting sekarang ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan SM Entertainment. Alasan utama adalah untuk selalu dekat dengan oppa kesayanganku, Choi Si Won.  Ya! sudah hapir 5 tahun aku hidup merantau dan meninggalkan Korea, dan ini sudah tiba masanya aku kembali dan berkumpul kembali dengan keluargaku di sini.
Sekembali aku ke Korea telah menjadi rahsia antara aku, appa dan eomma. Tujuan sebenarku alah untuk mengejutkan  oppa dan Jiwon. Berkali-kali aku memujuk appa dan eomma untuk menjaga rahsia ini.

“Eonni! Kita sudah sampai,” Hyuna megejutkan aku dari lamunan yang agak panjang. Hyuna adalah secretaries ku.  Aku tidak suka dia memanggilku dengan formal. Cukup sekadar Eonni sahaja.
Ku tatap bangunan SM Entertainment yang berdiri megah di hadapanku ini. Tidak pernah aku terfikir bahawa company ini telah melahirkan penyanyi-penyanyi yang berbakat.
“Eonni, sebentar lagi kita akan ada meeting dengan pemilik dan investors. Setelah itu kita akan diperkenalkan dengan semua artis-artis yang bernaung di company ini,” terang Hyuna.
“Ok! Sediakan beberapa dokumen yang diperlukan dan saya nak tengok profil  semua artis yang bernaung di company ini,” kataku.
“Baiklah. Akan saya sediakan,” sahut Hyuna. Ketibaan kami disambut oleh pemilik dan investors. Aku dibawa ke sebuah ruangan yang bakal aku tempatkan nanti. Ya, aku di sini mempunyai ruangan tersendiri. Pihak SM menyediakannya bagi memudahkan aku melakukan kerja nanti.

Siwon POV
“Bukankah itu Eun Hee,” kata ku dengan sedikit ragu. Em! mustahil itu Eun Hee. Jika dia sudah kembali ke Korea, pasti appa dan eomma memberitahuku. Namun, semalam appa dan eomma tidak mengkhabarkan aku apa-apa . Em! Ini pasti pelanduk dua serupa.
“Siwon-ah, kau kenapa?” tegur  Leeteuk.
“Tak ada apa-apa hyung. Mungkin aku Cuma salah lihat saja,” kataku.
“Ok! Semua diminta ambil perhatian. Ada yang aku sampaikan,” kata Leeteuk.
“ada apa hyung?” soal Donghae. Kami semua berkumpul di ruang latihan Super Junior. Kebetulan hari ini semua member hadir untuk menjalani latihan untuk persiapan konsert akan datang,
“Begini! Tadi aku dapat khabar dari manager kita, semua artis di SM ini dikehendaki berkumpul di ruang meeting,” terang  Leeteuk.
“Kenapa mendadak sekali, hyung” tanyaku.
“Itu hyung tidak pasti. Yang penting sekarang ini adalah kalian bersiap-siap untuk menghadiri  meeting ini. Tidak ada pengecualian,” kata Leeteuk dengan tegas.
“Em! baiklah,” sahut kami semua .
“Hyung! Kau kenapa? Seperti ada masalah sahaja,” tegur Kyuhyun.
“Aku baik-baik sahaja. Kau tak perlu khuatir, kyu,” kataku.
“baiklah hyung. Tapi aku sepertinya tahu apa masalahmu sebenarnya , hyung,” kata Kyuhyun dengan senyum evilnya.
“Ya! sudah.  Tidak perlu dibahas lagi. Lebih baik kita bersiap sekarang,” kataku untuk mengelak dari ditanya oleh si evil ini.

Kyuhyun POV
Hyung, aku tahu kau sembunyikan sesuatu dariku. Ini pasti ada kaitan dengan yeoja cantik yang bersama dengan para investor tadi. Em! tapi takkan Siwon hyung kenal dengan wanita itu. Setahu aku, Siwon-hyung  tidak pernah menyembunyikan sesuatu dari kami semua. Em! aku mesti cari tahu semua ini.
Bukannya niatku untuk mengganggu Siwon-hyung, aku Cuma ingin membantunya.

Eun Hee POV
 Sungguh memenatkan sekali. Hampir 2 jam meeting dengan para inventor membuatku sakit pinggang duduk terlalu lama.  Selesai sahaja meeting tadi, aku terus balik ke ruanganku untuk berehat. Betapa sakit kepalaku memikirkan perniagaan yang merumitkan ini.
Ketukkan di pintu menghentikan lamunanku.
“Mianhae...eonni, ini semua profil artis SM. Saya telah menyusun mengikut kumpulan masing-masing. Ada juga yang berkarya secara individu,” kata Hyuna.
“OK! Thanks. Em!.. Hyuna, can you get me some water.  Terasa perit sekali,” mintaku.
“Baiklah eonni,” kata Hyuna tanpa membantah.
Tidak sampai 5 minit Hyuna pergi, dia telah kembali dengan membawa apa yang aku inginkan. Memang secara jujurnya, Hyuna telah membantu aku selama ini. Pasti dia amat lelah sekali.
“Eonni! Kau kenapa? Seperti ada masalah,” tanyanya yang agak risau.
“Tak ada apa-apa. Mungkin aku hanya penat sahaja. Terlalu lama meeting tadi membuat aku rasa macam nak patah pinggang. Dah tak larat lagi nak teruskan. Em!  and after this we will have meeting with the artists SM. I had no idea why the SM would like to introduce us to all their artists. Bagi eonni, sudah cukup hanya melihat profil mereka dan melihat data perkembangan mereka,” keluhku.
“Eonni, sabarlah. Aku pun tak tahu kenapa pihak SM berbuat sedemikian. Mungkin sahaja hanya kerna eonni merupakan pelabur terbesar di company ini,” terang Hyuna.
“Eonni Cuma tak menjangka hal ini terjadi. Ya! kau pun sendiri tahu, sepanjang eonni menjadi pelabur di merata tempat and walaupun company tu terkenal, tak mungkin company tersebut memperkenalkan investor mereka kepada para  pekerja,” kataku.
“Eonni, bukan hal ini yang merungsingkan eonni sebenarnya tetapi ini berkaitan dengan  Siwon-oppa.  Takkan eonni tak bersedia lagi nak berjumpa dengan oppa kesayangan eonni. Sudah terlalu lama kalian tidak bertemu,” kata Hyuna lagi.
 “Em! kau pun sendiri tahu, eonni kembali ini hanya diketahui oleh appa dan eomma sahaja.  aku juga mempunyai rancangan untuk memberi  kejutan dengan Siwon-oppa dan Jiwon. Em! jika ini terjadi, semua rancangan kita tak akan menjadi,” kataku dengan senyuman evil.
“eonni, tak perlu khuatir. Aku mendapat info bahawa Siwon-oppa tak datang hari ini. Dia ada di lokasi suting. Aku yakin, rancangan kita akan berjaya,” dukung Hyuna. Aku juga berharap rancanganku ini berjaya. Hehe...
“Eonni! Sudah tiba masanya untuk kita pergi. Kita sedang di tunggu di ruangan  meeting,” kata Hyuna sambil membereskan beberapa dokumen yang perlu dibawa.
Tanpa membuang masa, kami bergegas pergi ke  ruangan meeting. Aku hanya membawa handbag  dan semua dokumen di bawa oleh Hyuna. Tiba-tiba terdetik hatiku melihat dokumen yang mengandungi profil para artis SM.
“Hyuna-ah, berikan eonni dokumen yang mengandung profil para artis SM,” kataku kepad Hyuna. Tanpa membuang masa, Hyuna terus memberikan dokumen yang aku inginkan. Sambil berjalan, aku meneliti setiap isi kandungan dokumen  tersebut.
“Eonni, kita sudah sampai. Berhentilah membaca sambil berjalan,” kata Hyuna kepadaku. Aku Cuma melemparkan senyuman kepadanya.
Kini, kami masukki ruangan meeting yang agak besar. Ku perhatikan  seluruh isi ruangan ini. Ianya telah di penuhi dengan para manager dan artis mereka. Tidak juga ketinggalan, turut hadir  pemilik SM dan para investor yang lain. Aku masuk ke ruangan ini sambil tersenyum dan kami disambut dengan  senyuman dan tepukkan dari para artis yang hadir.
“Dengan ini, kami mengumunkan ketibaan investor terbesar kita di SM Entertainment iaitu Choi Eun Hee,” kata pengurus majlis ini. eh! Tunggu sebentar, bukankah ini meeting, tetapi kenapa tiba-tiba menjadi majlis menyambut tetamu terhormat .  Aku hanya mampu tersenyum apabila namaku diumumkan  dengan sedemikan rupa.
Aku mengambil tempat duduk yang disediakan bersebelahan dengan pemilik SM ini. UH! Tiba-tiba gugup. Tidak pernah aku hadir meeting yang seperti ini.
“eonni! Aku rasa kita akan berada dalam masalah nanti,” kata Hyuna kepadaku.
“MWO?????”tanyaku  lagi. Terasa pelik juga ketika Hyuna berkata sedemikian.
“Ada Siwon-oppa. Dia duduk bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Tempat duduk di sebelah kanan,”
Kata Hyuna sambil berbisik ditelingaku.
“Kau biar betul. Tadi kau kata dia tak datang. Uh!” kataku dengan sedikit terkejut. Em! ku perhatikan tempat duduk yang di maksudkan oleh Hyuna. Uh! Ternyata benar apa yang dikatakan Hyuna. Ada Siwon-oppa.  Ku perhatikan wajahnya, ada sedikit terkejut dan terlihat juga ada sedikit marah.


Siwon POV
“Dengan ini, kami mengumumkan ketibaan investor terbesar kita di SM Entertainment iaitu Choi Eun Hee,” kata pengurus majlis. Apa! Choi Eun Hee? Apa aku salah dengar.
Dengan serta merta ku perhatikan  wanita yang sedang berjalan menuju ke tempat duduknya. Ku perhatikan penampilanya dari atas sampai bawah. Sungguh cantik dan mempesona. Sesuai dengan kerjayanya dan  wajahnya.
Itu memang Choi Eun Hee.  Anak angkat dalam keluargaku. Seorang wanita yang amat aku rindui dan sudah terlalu lama aku tidak bertemu dengannya. Tapi, bila dia sampai di Korea. Takkan sekembalinya dia kemari tidak diketahui oleh eomma dan appa.
Anak ini benar-benar telah berubah. Bertambah cantik dan pintar. Akhirnya, ia turutkan juga keinginan appa yang menginginkannya menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Tidak ku sangka, dia telah berjaya dan walaupun sudah terlalu lama dia pergi merantau dan meninggalkan Korea.
“Hyung! Apa kau ok?” tegur Kyuhyun yang sedikit menyedarkanku.
“OH! Ya! aku ok,”kataku pendek.
Ku alihkan perhatikan ku ke ruangan hadapan. Ku perhatikannya, dia sedang  membaca bebarapa dokumen dan adakalanya berbual dengan para investor yang lain dan pemilik SM ini. Dia ini benar-benar teliti orangnya. Serius sekali dia dengan pembacaannya.
“tanpa membuang masa, kami memperkenalkan wanita yang duduk ditengah ini adalah Choi Eun Hee. Disebelah adalah secretariesnya iaitu Hyuna. Choi Eun Hee atau lebih senang dengan panggilan Eun Hee merupakan seorang investor yang terkenal. Pernah berkerjasama dengan company terbesar dunia. Sebelum  ini, dia menetap di Malaysia hampir 5 tahun. Eun Hee akan berkerjasama dengan SM Entertainment  dan akan menetap di Korea. Jika kalian yang mempunyai sebarang  masalah atau pertanyaan, kalian bisa menemuinya di ruangannya. Eun Hee  juga  merupakan wakil dari company  keluarganya yang akan menaja konsert SJ4 (Super Junior 4) yang bakal diadakan bulan hadapan. Sebenarnya, Eun Hee tidak tahu akan konsert yang bakal ditajanya. Keputusan ini diserahkan sepenuhnya kepada saya, dan saya memutuskannya wang yang dikeluarkan oleh Eun Hee akan disalurkan kepada konsert SJ4. Setakat ini, hanya Konsert SJ4 sahaja yang terdekat. Oleh itu saya memutuskan Konsert SJ4 akan ditaja sepenuhnya oleh Eun Hee,” kata pemilik SM. Biar benar bocah ini. Banyak sekali wangnya. Eun Hee!
“selepas ini, diminta kepada  Super Junior beserta managernya untuk bertemu dengan Eun Hee di ruanganya untuk membuat perbincangan. Saya berharap SM Entertainment dapat berkerjasama dengan company Eun Hee dalam waktu jangka masa yang panjang,” katanya lagi. Bertemu dengan Eun Hee. Ini peluangnya.

Eun Hee Pov
Apa! Bagaimana ini boleh terjadi? Super Junior! Ya! Ini pasti akan ada masalah nanti. Sebentar lagi member Super Junior akan datang. Apa yang harus aku lakukan? Pasti Siwon-oppa akan marah denganku. Ruangan yang sejuk ini tiba-tiba boleh panas. Uh! Apa yang perlu aku lakukan sekarang ini? Appa...eomma... tolong...........Seharusnya aku menelefon appa  dan minta tolong dengannya.
“Yobsaeyo...appa...
“........”
“appa..tolong aku... oppa sudah tahu aku disini....,”kataku
“............”
“Ini semua di sebebkan meeting besar yang diadakan oleh SM. Mereka memanggil semua artis meraka untuk datang. Pada mulanya, aku mendapat info bahawa oppa tidak hadir di meeting itu.... tetapi bila tiba masa meetingnya.... tidak ku duga, oppa ada juga...”
“..............”
“Baiklah appa. Thank you appa...”kataku dengan girang. Setalah berbual dengan appa, aku memanggil Hyuna.
“Ada apa eonni?” soal Hyuna.
“Begini... batalkan perjumpaan dengan SUJU.  Katakan pada meraka yang saya ada urusan mendadak.EM! Hyuna-ah, tolong atur balik meeting dengan SUJU. Sampaikan salam Maaf saya,” kataku  sambil bergegas mengemas beberapa fail dan mengambil handbag ku.
“Baiklah eonnie,” kata Hyuna.
“Oh Ya! em! setelah selesai nanti, hyuna-ah boleh balik. Eonni akan pulang ke rumah appa. Tolong hantarkan semua barang-barang eonni ke rumah choi,”kataku lagi.
“Baiklah eonni. Hati-hati di jalan,” kata Hyuna.

Hyuna POV
EM! kenapa tiba-tiba ada urusan mendadak? Ini pasti mahu  mengelak dari bertemu dengan  Siwon.
Eonni....eonni
“annyeonghaseyo....apa kami boleh bertemu dengen Choi Eun Hee,” kata seorang namja.
“EM! tapi anda siapa?”tanyaku.
“Saya adalah menager SUJU,”kata namja tersebut.
“Mianhae.... saya tidak tahu anda menager SUJU..”kataku sambil melihat semua member SUJU.
“Mianhae sekali lagi. Noona Eun Hee sedang ada urusan mendadak. Baru sebentar dia  pergi,” kataku lagi.
“OH! Tidak apa. Tapi bila boleh kami bertemu dengannya?” soal sang manager. Tanpa membuang masa, aku meneliti jadual eonni, Em! sepanjang berpindah ke sini, jadual eonni tidak terlalu padat.  Kebanyakan masanya akan bersama dengan SM sahaja....
“Em! kalau tengok jadualnya. Esok Noona Eun Hee tidak sibuk dan anda boleh bertemu dengannya. Noona Eun Hee akan berada sepanjang hari di sini esok. Jam berapa anda semua boleh hadir?”soalku kembali.
“EM!... kalau begitu kami semua akan bertemu dengannya esok pagi jam 10,” jawab sang manager.
“Baiklah. Akan saya sampaikan kepadanya. Em! Noona Eun Hee titip  salam maaf,” kataku sambil membungkukkan badan sedikit.
“OH! Tidak apa. Kami faham, tidak perlu khuatir,” kata sang manager.

Siwon POV
Ada urusan mendadak. Biar benar atau sengaja mengelak untuk bertemu denganku. Bocah satu ini. Ada sahaja  tingkahnya.
“Wah! Sungguh bergaya  wanita yang bernama Eun Hee itu. Dalam usia yang muda iaitu 23 tahun, dia sudah menjadi  business women yang  berjaya. Penampilannya yang bergaya dan tampak mewah menyerlakan lagi kecantikannya,” tutur kyuhyun.  Tiba-tiba hatiku terasa sakit apabila ada yang meminati Eun Hee.
“Hyung!!! Kau kenapa?” tegur Kyuhyun.
“Tak ada apa-apa”kataku ringkas. Sambil berjalan meninggalkan mereka yang lain.
Tiba-tiba kedengaran lagu dari telefon bimbitku the one I love dari super junior K.R.Y .
Kenapa tiba-tiba appa menelefonku?                                                                                           
“Yobsaeyo.. appa”
“………”
“Gwaenchanh…sebentar lagi aku akan ke sana,”kataku. Em! Ada apa sebenarnya? Semuanya mendadak seperti ini. Mula-mula Eun Hee dan sekarang appa. Uh! Boleh gila kalau hari – hari seperti ini.

Eun Hee POV
Uh! Takutnya aku untuk berdepan dengan Siwon-oppa. Bagaimana reaksinya bila bertemu denganku nanti. Eh! Bagai nak meletup rasanya jantung ini. Uh! Sebaiknya aku duduk sebentar di taman ini.  Semakin cantik  taman  ini. Taman yang  menjadi tempat aku menghilang perlbagai tekanan dan kerungsingan. Taman yang sudah aku tinggalkan sejak 5 tahun lalu.
Sekembalinya aku di sini, teman ini terlihat semakin cantik. Pasti eomma menjaganya dengan baik sehingga ianya menjadi cantik seperti ini.
“Eun Hee-ya… anakku… kau kenapa? Kenapa terlihat sedih sahaja?” suara appa mengejutkan dari lamunanku…
“nde …aku ok sahaja appa… bukankah anak appa ini kuat orangnya. Tak mungkin tak dapat menyelesaikan masalah…,” kataku sambil melemparkan senyuman.
“Ya…appa tahu.. anak appa ini tegar orangnya… tapi appa tahu anak appa ni lemah jika berhadapan dengan seorang namja bernama Siwon, oppamu itu,” katanya lagi.
“Appa.. aku tidak lemah… Cuma entah kenapa aku tiba-tiba takut untuk berdepan dengan oppa. Ya! Aku tahu, mungkin aku salah juga tidak memberitahunya aku kembali ke Korea. Em! Appa.. waktu meeting tadi.. aku takut… aku lihat wajah oppa yang  kelihatan agak marah… itu  yang membuat aku takut untuk berdepan dengannya. Seharusnya, selepas meeting tadi, aku ada meeting penting dengan manager dan member super junior. UH! Seperti nak meletup kepala ni jika memikirkannya….” Kataku..
“Ya!!! Anakku ini…” kata appa  sambil ketawa….
“Appa…”kataku lirih…
“Ya…mianhae…” kata appa sambil mengulas  rambutku.. Ya! Itu memang kenyataannya. Jika berdepan dengan Siwon-oppa.. aku terlalu takut dan lemah.. namun jika berdepan dengan namja lain, aku tidak seperti ini. Aku tidak  mengerti perasaan ku sendiri. Di taman yang  indah ini aku melepaskan segala kerunssinganku..
“Indah bukan….” Kata appa..
“YA… memang indah… tidak seperti sewaktu aku tinggalkan dulu. Sekarang ianya makin bertambah cantik…pasti eomma mengambil masa yang agak lama untuk menjadikan taman ini secantik ini” kataku.
“Siapa kau bilang…eomma?” soal appa.
“Ya..eomma.. tak ada orang lain yang sanggup lakukan ini,” kataku lagi.
“Em! Bukan eomma mu yang lakukan semua ini..” kata appa.
“Jadi siapa yang melakukan semua ini?” soalku.
“Siapa lagi kalau bukan oppa mu…” kata appa santai.
DEGG!!!!!!
“Apa… oppa…  Siwon-oppa?” tanyaku lagi.

TBC

Sila tinggalkan comment anda… thank you…